AneKdoT seBuaH KeHidUpaN

Penuhkan Hidup Ini Dengan Kegembiraan Yang Berpanjangan

1/23/2015

Hati

Hati atau dengan bahasa lebih sedap lagi qalbu merupakan tunjang kehidupan seorang manusia.  Kalau dalam Sains otak merupakan akar bagi kehidupan berbeza dari sudut rohani; hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Sebab tu wujud peribahasa "Tepuk dada tanya selera" begitu kuatnya peranan hati tu dalam menjana kehidupan manusia.

Dalam Islam sendiri menitik beratkan perihal hati. Andai makannya salah tutur katanya salah bahkan perlakuannya pun salah maka rosaklah hati itu. Apabila rosak hati manusia maka tiada lagi jalan belakang malah akan terus sesat dalam kegelapan dosa.

Hati jadi tak tenang ada beberapa faktor tapi yang paling utama salah dengan Allah, salah dengan manusia dan berhutang. Salah dengan Allah kita masih boleh bertaubat nasuha dan sentiasa melakukan suruhan Allah tetapi jika salah dengan manusia cepat-cepatlah kita minta maaf takut-takut tak sempat nak pohon kemaafan. Hutang pula jangan sekali andai berhutang bila ada duit terus bayar usah ditangguh kelak lama-kelamaan tidak terbayar.

Setiap perkara yang terjadi di dalam dunia ni ada sebab yang telah di tentukan oleh Allah. Kita mungkin tak kuat untuk menghadapinya teetapi Allah dah ckp Dia takkan beri kesulitan yang tak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Orang di sekeliling kita ini merupakan bantuan yg diberikan Allah jgn takbur untuk menolak pertolongan-Nya. InsyaAllah andai kita sentiasa bersihkan hati kita segala masalah yang sebesar gunung sekalipun kita mampu menghadapinya. ...

Sekian....
P.s: pembedahan saya akan dilakukan isnin ni. Doa kalian saya harapkan :)

0 comments: