AneKdoT seBuaH KeHidUpaN

Penuhkan Hidup Ini Dengan Kegembiraan Yang Berpanjangan

1/23/2015

Hati

Hati atau dengan bahasa lebih sedap lagi qalbu merupakan tunjang kehidupan seorang manusia.  Kalau dalam Sains otak merupakan akar bagi kehidupan berbeza dari sudut rohani; hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Sebab tu wujud peribahasa "Tepuk dada tanya selera" begitu kuatnya peranan hati tu dalam menjana kehidupan manusia.

Dalam Islam sendiri menitik beratkan perihal hati. Andai makannya salah tutur katanya salah bahkan perlakuannya pun salah maka rosaklah hati itu. Apabila rosak hati manusia maka tiada lagi jalan belakang malah akan terus sesat dalam kegelapan dosa.

Hati jadi tak tenang ada beberapa faktor tapi yang paling utama salah dengan Allah, salah dengan manusia dan berhutang. Salah dengan Allah kita masih boleh bertaubat nasuha dan sentiasa melakukan suruhan Allah tetapi jika salah dengan manusia cepat-cepatlah kita minta maaf takut-takut tak sempat nak pohon kemaafan. Hutang pula jangan sekali andai berhutang bila ada duit terus bayar usah ditangguh kelak lama-kelamaan tidak terbayar.

Setiap perkara yang terjadi di dalam dunia ni ada sebab yang telah di tentukan oleh Allah. Kita mungkin tak kuat untuk menghadapinya teetapi Allah dah ckp Dia takkan beri kesulitan yang tak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Orang di sekeliling kita ini merupakan bantuan yg diberikan Allah jgn takbur untuk menolak pertolongan-Nya. InsyaAllah andai kita sentiasa bersihkan hati kita segala masalah yang sebesar gunung sekalipun kita mampu menghadapinya. ...

Sekian....
P.s: pembedahan saya akan dilakukan isnin ni. Doa kalian saya harapkan :)

1/05/2015

Tinta 1.0

Hari demi hari usia semakin meningkat. Seiring usia banyak masalah dan cabaran mendatang kita. Bagi aku kalau tiada keluarga dan kawan aku tak dapat hadapi semua itu. Kadang kala masalah itu sendiri datang dari mereka tapi bagi aku itu semua sebenarnya berpunca dan salah diriku sendiri. Ramai kata "Kenapa kau perlu baik dengan dia sedangkan dia bukan buat apa-apa pun pada kau?""Kau tak rasa susah ke tolong mereka sedangkan mereka tak tolong pun kau?""Kau jaga hati mereka tapi mereka sendiri tak pernah fikir pun pasal engkau!". Soalan-soalan begini sudah selalu aku dengar tetapi bagi aku kawan-kawan aku segala-galanya bagi aku. Aku sendiri percaya keluarga aku pun banyak yang tak tahu pasal aku sebab tu aku lebih senyap dalam keluarga aku.

Tak nafi memamg kadang-kadang aku terasa dengan kawan-kawan aku. Aku serius mereka main-main, bila aku melawak mereka serius, banyak sebenarnya lagi tapi malas nak cerita. Ya Malas nak pikir sebab tak sampai beberapa minit lepas aku marah aku akan mula maafkan mereka. Aku memang tidak reti untuk memarahi mereka dengan jangka masa yang lama tetapi kalau mereka yang memarahi aku mahu seminggu tak berbicara kadang-kadang sebulan dua hahaha.

Kadang-kadang aku terfikir mereka berkawan dengan ku sebab apa? Tapi seoalan ni mmg patut aku buang jauh-jauh sebab dalam berkawan jangan ada penyebab kau nak kawan dengan seseorang itu. Kadang-kadang aku rasa diaorang lebih nampak aku sebagai orang yang lebih tua bukan sebagai kawan. Aku rasa kadang-kadang macam jauh je dengan mereka.Aku jadi takut bila bercakap apa yang aku rasa aku akan hilang mereka. Aku pernah nak kongsi masalah dengan mereka tetapi mereka siap marah balik. Aku nak marah tapi aku sayang mereka.

Aku tak tahulah apa rasa mereka kalau aku ni tiada...tetapi bagi aku kalau mereka tiada aku rasa susah. Biarlah mereka sakitkan hati aku, buat aku marah, susahkan aku asalkan aku tak hilang mereka.Hari ini kita baik esok lusa bukan kita tahu. Sampai satu masa aku kena belajar redha.

p/s: Minggu yang sibuk sebelum datang minggu hidup atau mati

1/04/2015

Tahun Baru

2015

Satu lagi tahun yang kita bakal hadapi. 2014 telah banyak memberi kita 1001 kenangan serta pengajaran. Pahit manis semua kita tempuhi dengan tenang. Hari ini sudah hari ke empat tahun 2015. Tahun ini bermula dengan bersenang-senang bersama sahabat di pantai kemudian kelmarin merewang sekitar Kuala Lumpur yg sudah lama tidak dilakukan oleh kami bersama.

Tiada yang lagi kita harapkan pada tahun ini selain menjalani kehidupan dengan senang dan tenang mengikut alurnya. Suka duka itu lumrah. Andai duka masalah menghadap kita maka kepada Allah jua kita mohon agar senang hadapinya. Andai gembira berpanjangan maka syukur ke hadrat ilahi kita tadah.

Perihal kerja, tahun ini moga-moga segalanya lancar cuti rehat pun kita mahu kurangkan. Berharap juga bertambah gaji, alaun serta tweet job agar rezki ini dpt kita kongsi bersama keluarga dan sahabat.

Moga Allah permudahkan segalanya bagi kita untuk tahun ini.

P/s: - "kita" = aku
       - Minggu depan masuk wad hmm